MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2009 SMKPBU

6:14 PM Edit This 0 Comments »


Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Sehubungan dengan itu, SMK Padang Besar (U), Perlis mengambil inisiatif mengadakan majlis pelancaran SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009 PADA 19 OGOS 2009.


Kuiz spontan mengenai Sejarah kemerdekaan Tanah Melayu





Bekerja tidak mengira waktu dan tempat.


guru-guru begitu asyik mendengar ucapan.


Pendeklamator sajak kemerdekaan yang manis dan montel.


Penolong kanan menyampaikan ucapan mewakili tuan Pengetua.


Dua tunggak utama majlis ini.


Guru-guru perempuan yang sentiasa ceria sepanjang zaman.


Bacaan ikrar oleh Penolong Ketua murid, Hishabuddin.


Upacara menurunkan bendera Union Jack oleh unit beruniform.


"Dunia ini aku yang punya".


Pasukan koir mempersembahkan lagu "warisan" dan "tekad".


RIMUP bagi permainan tradisional (congkak) turut dipersembahkan kepada pelbagai kaum sempena sambutan bulan kemerdekaan.


Murid-murid melayu turut mempelajari tulisan cina.


"Begini caranya, bang".Teknik-teknik membuat ketupat turut diperkenalkan kepada generasi muda.



Permainan tradisional teng-teng turut diminati oleh murid-murid.


Pertandingan pakaian tradisional dipersembahkan oleh murid-murid mengikut kreativiti masing-masing.


Murid perempuan juga tidak ingin ketinggalan memperagakan pakaian tradisional.


"mari,mari. Rasalah keenakan ikan merdeka masakan saya ni."


"Kak Roha, kalau nak bawa balik tu, ingat-ingatle orang sikit". Ramai lagi orang sambut merdeka belum makan lagi.


"Lauk satu periuk ni saya yang punya".

0 ulasan: