KONVOI BERBASIKAL RIMUP 1 MALAYSIA SMK PADANG BESAR - SK LKTP CHUPING 6 - 7 NOV 2009

4:00 AM Edit This 0 Comments »
PADA 6 HINGGA 7 NOV YANG LALU, PARA PELAJAR SERTA SEBILANGAN GURU TELAH MENGADAKAN KONVOI BERBASIKAL DARI SMK PADANG BESAR KE SK LKTP CHUPING.SAYA SELAKU PENGARAH PROJEK, BERASA BANGGA DENGAN SEMANGAT MURID-MURID DAN GURU-GURU YANG TINGGI SEJAK AWAL PAGI JUMAAT SEMASA KONVOI ITU DILEPASKAN OLEH TUAN PENGETUA. HUJAN PADA PAGI ITU TIDAK MELEMAHKAN SEMANGAT MEREKAN UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN HINGGA KE SK LKTP CHUPING ( HUJAN HINGGA KE SK LKTP CHUPING SEJAUH 27 KM ).TERIMA KASIH JUGA TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN POLIS DARI PADANG BESAR KERANA MENGIRINGI KAMI SELAMA PERGI DAN BALIK. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA JABATAN PERTAHANAN AWAM KERANA MENYEDIAKAN SEBUAH AMBULAN SEMASA MENGIRINGI KAMI.














Tuan Pengetua (berbaju melayu ) bersama PK Kokurikulum beramah mesra dengan para peserta konvoi.















Lori polis dan ambulan JPA turut serta dalam konvoi berbasikal kali ini.















Tuan Pengetua bersedia untuk melepaskan para peserta konvoi.
















Saya selaku Pengarah Projek berasa bangga dengan semangat murid-murid berkonvoi walaupun dalam waktu hujan.















Cikgu Sofiah turut berbasikal bersama peserta konvoi. haus sangat tu !















jelmaan transformers di belakang pangarah projek tu kot!. berehat sebentar di ladang tebu.















Murid perempuan turut serta dalam konvoi tersebut. " abang Amali, setakat kereta sport abang Amali saya boleh potong".















Murid India juga turut bersama memeriahkan konvoi.

MAJLIS HARI RAYA SMKPBU

7:19 AM Edit This 0 Comments »
Sempena bulan syawal yang mulia ini, SMK Padang besar (U) telah mengadakan jamuan Aidilfitri pada 2 Oktober yang lalu.Pelbagai juadah dihidangkan pada majlis tersebut. Tahniah Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SMKPBU yang berjaya menganjurkan majlis tersebut.














PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-52

3:26 AM Edit This 0 Comments »
Sempena bulan kemerdekaan kali ke-52, Panitia sejarah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan Deklamasi sajak di kalangan para pelajar SMKPBU.Menariknya pada pertandingan kali ini, penyertaan murid-murid dari kaum cina dan India begitu membanggakan. Hasrat dan impian untuk menjadikan "1 malaysia"telah tercapai objektifnya.Tahniah kepada guru-guru yang telah menjayakan pertandingan ini walaupun dibuat dalam hari sabtu.
















Para peserta diundi mengikut giliran
















Guru Cemerlang, Pn.Rohaizah sedang memberi taklimat mengenai pertandingan kepada para peserta.




















Salah seorang peserta murid cina, Tan Zhi Yao mempamerkan bakatnya mendeklamasikan sajak.



















peserta dari bangsa india mendeklamasikan sajak dengan penuh bergaya.

















Sebahagian daripada para peserta yang menyertai pertandingan.


















FITRAH &ADILA DALAM INGATAN BERPANJANGAN

4:01 AM Edit This 0 Comments »
Pemergian anak muridku yang disayangi, fitrah dan adila ke Rahmatullah pada petang 6 september 2009 berita begitu menyentap hati kecil ini. mereka merupakan anak murid ku yang paling rapat, malah ku menganggap mereka berdua ini seperti anakku sendiri. Namun, aku redha dengan pemergian mereka berdua. semoga rohnya dicucuri rahmat. Apabila aku mendapat sms mengenai kematian mereka pada pukul 6.15 petang, aku seperti tidak mempercayai itu.


Berita kemalangan mereka yang disiarkan oleh akhbar sinar pada 8 september 2009 (selasa)




Allahyarhamah adila sewaktu mengikuti rombongan ke Pulau Pangkor bersama Penulis.


Allahyarhamah Nurul Fitrah turut mengikuti rombongan bersama penulis ke Pulau Pangkor.


Allahyarhamah Adila sedang menyertai aktiviti menyelam sewaktu di Pulau Pangkor.


Allahyarhamah Fitrah tertidur sewaktu dalam feri ke Pulau Pangkor.




Allahyarhamah Adila dan Fitrah bergambar bersama sewaktu rombongan ke Pulau Pangkor.

PEMIMPIN MESRA RAKYAT

7:40 AM Edit This 0 Comments »
Pada 4 september 209 yang lalu,para penduduk Taman Beseri Murni,kecuali penghuni rumah banglo yang kononnya mewah telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan surau selepas bersembahyang tarawih, kira-kira jam 10.00 malam itu. Kunjungan ADUN Beseri, YB En.Mat Rawi b. Kassim pada malam itu untuk melihat kerja-kerja gotong-royong tersebut begitu mengejutkan kami.Kami berbangga mempunyai wakil rakyat yang sanggup turun padang sepertimana kata-kata "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".Terima kasih YB .Tahniah juga diucapkan kepada para penduduk di situ kerana "sporting" dalam kerja-kerja bergotong-royong.



Kerja-kerja menambak pasir turut dilakukan pada malam itu.


Kaum ibu turut membantu menyediakan juadah .


YBMat Rawi mendengar penerangan daripada Pengerusi Surau.


Cikgu Mat Dan menyusun bata untuk dibuat tangga.


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Kanak-kanak turut membantu.


YB Mat Rawi menikmati juadah yang disediakan.

Melentur buluh biar dari rebungnya.


Pengerusi surau membahagikan tugas pada malam itu.Tahniah Pengerusi kerana kepimpinanmu.


Idea daripada kaum ibu turut didengar.


Penulis mengabadikan kenangan dalam majlis gotong-royong.


Gambar kenangan bersama YB Mat Rawi.